Perkara
pertama yang perlu difahami ialah, "Baiti Jannati" membawa maksud bahawa
rumah adalah tempat yang membawa kebahagiaan kepada kita. Manakala
kebahagiaan itu pula, Allah tidak pernah kaitkan dengan sebarang
kebendaan. Seseorang yang tinggal di dalam pondok kecil boleh bahagia,
seseorang yang tinggal di dalam banglo juga boleh bahagia. Inilah
keadilan Allah. Oleh kerana urusan rezeki adalah ketetapan qadha' dan
qadar Allah, maka Allah tidak kaitkan bahagia dan derita dengan sesuatu
yang diluar kawalan manusia. Kebahagiaan hanya bergantung sejauhmana
ketenangan dicapai oleh hati manusia. Bagi mencapai ketenangan ini, hati
hanya perlu dihubungkan dengan Sumber Segala Ketenangan, iaitu Allah
Azza Wa Jalla. Itu sahaja.
Seorang yang miskin boleh hubungkan
diri mereka dengan Allah, seorang yang kaya juga boleh hubungkan diri
mereka dengan Allah. Seorang yang anak ramai boleh hubungkan diri dengan
Allah, seorang yang tidak ada anak pun boleh hubungkan diri dengan
Allah. Seorang yang tinggal di dalam istana boleh hubungkan diri dengan
Allah, seorang yang tinggal di gubuk buruk pun boleh hubungkan diri
dengan Allah. Allah tidak pernah pilih kasih, dan satu-satunya neraca
ukuran Allah ialah agama. Sejauhmana kita bawa agama dalam diri kita,
maka sejauh itulah juga hubungan kita semakin erat dengan Allah.
No comments:
Post a Comment